Republik Turki merupakan sebuah negara anggota EU dan NATO serta salah
sebuah negara pengasas PBB, OECD, OIC, OSCE, ECO, BSEC DAN G-20 ekonomi utama. Kemapanan
ekonomi dan kestabilan politik (yang agak baik jika dibandingkan dengan
negara-negara di rantau) negara Eurasia itu telah mengejutkan dunia apabila
berlaku protest besar-besaran yang bermula dengan isu alam sekitar.
Bagi memahami scenario
politik di turki kita perlu mengenali Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan
terlebih dahulu. Beliau merupakan PM Turki yang ke-25 semenjak 2003. Beliau
bertanding diatas tiket Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP atau AK Parti) yang
telah memenangi pilihan raya 2002, 2007 dan 2011. Beliau bersekolah di Sekolah
Imam Hatip. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Marmara Universiti dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan. Melibatkan diri dengan politik semenjak di university
apabila beliau menyertai National Turkish Student Union. Pada tahun 1976 beliau
dilantik sebagai ketua pemuda Islamic National Salvation Party (MSP) cawangan
Beyoglu. Pada tahun yang sama beliau dicalonkan sebagai ketua pemuda MSP di
Istanbul.
Selepas MSP di bawah
pimpinan Necmettin Erbakan dibubarkan disebabkan pemberontakan tentera pada 1980
beliau pernah menyertai beberapa pati sebelum menubuhkan AKP seperti Walfare
Party (1983-1998) dan Virtue Party (1998-2001). Beliau dilantik sebagai datuk
bandar Istanbul pada 1994 tapi telah dipecat dan dipenjarakan selama sepuluh
bulan atas tuduhan menanamkan kebencian dalam beragama berikutan membaca sebuah
sajak nukilan Ziya Gokalp yang diubahsuai dalam sebuah perhimpunan di daerah
Siirt pada tahun 1997. Kemudiannya pada tahun 2001 belia telah menubuhkan AKP
dan memenangi pilihan raya pada tahun berikutnya.
JASA ERDOGAN
Jasa Erdogan terhadap
turki cukup nyata daripada aspek ekonomi, beliau berjaya mengatasi masalah
infalasi dan kemerosotan ekonomi yang agak parah ketika zaman pemerintahan
Ecevit. Semenjak 1961 turki telah menanda tandangi 19 perjanjian pinjaman
dengan IMF dan pemerintahan Erdogan mewarisi hutang $23.5 billion tetapi
berkurang kepada $0.9 billion pada tahun 2012. Kadar pengangguran pula
berkurang daripada 10.3% kepada 8.2% pada tahun 2012. Pada 2002 (sebelum AKP menang) Bank Negara
Turki mempunyai simpanan berjumlah $26.5 billion dan meningkat kepada $92.2
billion pada 2011. Dalam masa yang sama inflasi berkurang daripada 34.9% kepada
5.7%, dan ini merupakan yang terendah dalam 39 tahun. Hutang awam sebagai
peratusan keluaran dalam negara kasar menurun daripada 74% pada tahun 2002 dan
berkurang kepada 39% pada tahun 2009. KDNK pendapatan perkapita meningkat daripada $
3,500 pada tahun 2002 kepada $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat
$114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500
bilion dalam 2023. Malah Erdogan
merupakan perdana menteri pertama yang berjaya menjadikan Turki negara anggota
Kesatuan Eropah (EU) setelah 45 tahuan melakukan permohonan.
PROTEST ANTI-PRESIDENT
Protest ini bermula
pada 28 Mei 2013 di Taksim Square, 100 orang pencinta alam membantah penutupan
Gezi Park untuk membangunkan sebauah projek pembangunan pusat pelancongan yang
menempatkan replika Berek Uthmaniyyah abad ke-19 dan pusat membeli belah. Di
samping itu penutupan Gezi Park bertujuan membesarkan Taksim Square. Protest itu bergerak ke Gezi Park dan
mengadakan duduk dan bantah di situ, mereka juga merosakkan harta benda awam
serta melakukan konfrantasi terhadap pihak polis. Protest itu bertukar ganas
pada 30 Mei apabila mereka dihalau keluar oleh polis daripada Gezi Park,
suasana tegang memaksa polis menggunakan tear gas dan water cannon. Pendemo
yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar telah menggunakan twitter untuk
menyeru rakyat Turki terlibat dalam protest tersebut. Hasilnya keesokan paginya
berpuluh ribu pendemo telah mengadakan protest di Taksim Square.
Menurut
Pertubuhan Perubatan Turki seramai 4800 orang pendemo telah cedera dan tiga orang
maut. Di samping itu 700 orang telah ditahan dan ramai yang telah dibebaskan.
Kemudian protest pencinta alam ini telah bertukar kepada protest anti-president
dan di sertai oleh pelbagai kumpulan berhaluan kiri. Protest ini telah merebak
ke 48 bandar utama di Istanbul. Pada selasa lalu timbalan perdana menteri
Bulent Arnic meminta maaf secara terbuka terhadap keganasan pihak penguasa
keatas pendemo. Al Jazeera melapurkan keadaan di Taksim Square dalam keadaan
terkawal semenjak rabu lalu. Hari ini Erdogan mengadakan temu janji untuk
berbincang dengan bebearapa pemimpin protest.
Menurut Akhbar ZAMAN :
"Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan
dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat
kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty
International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa
Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik
dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan
Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau
memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang
ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka.
"Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain
seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin
mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu.
Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas
pemedih mata"
SEBAB PENENTANGAN
Jika kita sangka
protest yang berlaku di Turki merupakan protest alam sekitar, kita silap. Isu
alam sekitar hanya merupakan topeng, sebaliknya golongan subversif telah
mengambil kesempatan terhadap ketidak puasan hati rakyat terhadap pemerintahan
AKP. Hal ini merupakan peluang keemasan Republican Peoples’s Party (CHP) iaitu
parti pembangkang utama yang berfahaman Kamalis dan sosialis untuk dijadikan
senjata politik bagi menghadapi pilihan raya pada tahun hadapan. Ada beberapa isu yang kerap dimainkan oleh
pihak pembangkan.
1. Islamisasi
Jika Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Ennahda di
Tunisia merupakan gerakan islam yang mempunyai cita-cita membangunkan daulah
islamiah, AKP yang merupakan kesinambungan perjuangan MSP pimpinan Necmettin
Erbakan juga berusaha melakulan islamisasi di Turki. AKP berusaha menerapkan
nilai-nilai Islam kepada negara secular tersebut, sebagai contoh pada 2008
parlimen telah meluluskan usul wanita islam boleh menutup aurat di university.
Selain itu dasar untuk melahirkan generasi soleh telah dilaksanakan dengan
membenarkan pelajar masuk sekolah agama lebih awal iaitu pada umur sebelas
tahun. AKP juga dilihat mempromosikan ideology neo-ottoman. Isu terbaru yang
hangat diperkatakan ialah isu menghadkan penjualan alcohol dan larangan bercium
ditempat awam.
2. Campur tangan politik Syria
2. Campur tangan politik Syria
Sengketa Turki-Syria sudah lama terjadi bagaikan
retak menunggu belah, bermula dengan isu Hatay (1938) dan sekarang conflik
tersebut menjadi lebih parah apabila Turki campur tangan dalam perang sedara di
Syria. Hal ini bermula apabila 3000 pelarian Syria mendapatkan perlindungan
daripada kerajaan Turki pada Jun 2011. Selanjutnya Erdogan menyifatkan tindakan
Assad tidak berkemanusiaan dan beliau menggantung segala perjanjian dan hubungan
perdagangan dengan Syria. Pada 22 Jun 2012
sebuah jet tentera udara Turki, RF-4E di sempadan Turki-Syria. Semenjak itu
Turki terus mengenakan tekanan terhadap kerajaan Syria, Pada Ogos 2012 Turki
telah memulakan perbincangan dengan US untung menukar kerajaan Syria dan
menempatkan tentera NATO di sempadan Turki-Syria. Pada 10 oktober 2012 tentera
udara turki telah memintas Syrian Air Bus A320 dan memasksanya untuk mendarat
di Esenboga kerana disyaki membawa senjata dari Rusia. Kemudian Syria dan
sekutu kuatnya Iran mengancam untuk memberikan bantuan kumpulan pemberontak
bersenjata Kurdish PKK. Pada 11 Mei 2013 dua buah bom keretatelah meletup di
bandar Reyhanli,Turki mengakibatkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan
140 tercedera.
3. Konflik
perkauman
Turki tidak terlepas daripada isu perkauman.
Turki bukan sahaja di diami oleh bangsa Turki sahaja malah turut didiami oleh
beberapa etnik seperti Armenia, Greeks, Yahudi dan Kusdis. Kurdis merupakan
etnik minority terbesar di Turki iaitu 18% daripada populasi rakyat turki.
Etnik Kurdis menubuhkan Kurdistan Worker Party (PKK) yang merupakan sebuah
parti komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara Kurdistan. Pihak
pembangkang sering memainkan sentiment kaum bagi meraih simpati rakyat, menurut
mereka etnik minority tertindas ketika pemerintahan AKP.
KESIMPULAN
Protest di Truki berbeza dengan
protest Arab Spring. Arab Spring melihatkan golongan islamist menentang salah
guna kuasa, rasuah, monopoli ekonomi, dan ketidak adilan pemerintah. Manakala
protest di turki digerakkan oleh golongan secular yang benci dengan proses
islamisasi pemerintah Turki. Kemelut politik Turki cukup menguntungkan
pihak-pihak luar terutamanya Iran dan Kerajaan Assad di Syria kerana Turki pro
FSA. Hal ini juga memberikan keuntungan kepada Israel yang bimbang terhadap
kebangkitan Islam di rantau tersebut.







