Isnin, 10 Jun 2013

PROTEST ANTI ERDOGAN, APAKAH PENDIRIAN KITA?


Republik Turki merupakan sebuah negara anggota EU dan NATO serta salah sebuah negara pengasas PBB, OECD, OIC, OSCE, ECO, BSEC DAN G-20 ekonomi utama. Kemapanan ekonomi dan kestabilan politik (yang agak baik jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau) negara Eurasia itu telah mengejutkan dunia apabila berlaku protest besar-besaran yang bermula dengan isu alam sekitar.



LATAR BELAKANG PM
            Bagi memahami scenario politik di turki kita perlu mengenali Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan terlebih dahulu. Beliau merupakan PM Turki yang ke-25 semenjak 2003. Beliau bertanding diatas tiket Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP atau AK Parti) yang telah memenangi pilihan raya 2002, 2007 dan 2011. Beliau bersekolah di Sekolah Imam Hatip. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Marmara Universiti dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Melibatkan diri dengan politik semenjak di university apabila beliau menyertai National Turkish Student Union. Pada tahun 1976 beliau dilantik sebagai ketua pemuda Islamic National Salvation Party (MSP) cawangan Beyoglu. Pada tahun yang sama beliau dicalonkan sebagai ketua pemuda MSP di Istanbul.
            Selepas MSP di bawah pimpinan Necmettin Erbakan dibubarkan disebabkan pemberontakan tentera pada 1980 beliau pernah menyertai beberapa pati sebelum menubuhkan AKP seperti Walfare Party (1983-1998) dan Virtue Party (1998-2001). Beliau dilantik sebagai datuk bandar Istanbul pada 1994 tapi telah dipecat dan dipenjarakan selama sepuluh bulan atas tuduhan menanamkan kebencian dalam beragama berikutan membaca sebuah sajak nukilan Ziya Gokalp yang diubahsuai dalam sebuah perhimpunan di daerah Siirt pada tahun 1997. Kemudiannya pada tahun 2001 belia telah menubuhkan AKP dan memenangi pilihan raya pada tahun berikutnya.
JASA ERDOGAN
            Jasa Erdogan terhadap turki cukup nyata daripada aspek ekonomi, beliau berjaya mengatasi masalah infalasi dan kemerosotan ekonomi yang agak parah ketika zaman pemerintahan Ecevit. Semenjak 1961 turki telah menanda tandangi 19 perjanjian pinjaman dengan IMF dan pemerintahan Erdogan mewarisi hutang $23.5 billion tetapi berkurang kepada $0.9 billion pada tahun 2012. Kadar pengangguran pula berkurang daripada 10.3% kepada 8.2% pada tahun 2012.  Pada 2002 (sebelum AKP menang) Bank Negara Turki mempunyai simpanan berjumlah $26.5 billion dan meningkat kepada $92.2 billion pada 2011. Dalam masa yang sama inflasi berkurang daripada 34.9% kepada 5.7%, dan ini merupakan yang terendah dalam 39 tahun. Hutang awam sebagai peratusan keluaran dalam negara kasar menurun daripada 74% pada tahun 2002 dan berkurang kepada 39% pada tahun 2009. KDNK pendapatan perkapita meningkat daripada $ 3,500 pada tahun 2002 kepada $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023.  Malah Erdogan merupakan perdana menteri pertama yang berjaya menjadikan Turki negara anggota Kesatuan Eropah (EU) setelah 45 tahuan melakukan permohonan.

PROTEST ANTI-PRESIDENT
            Protest ini bermula pada 28 Mei 2013 di Taksim Square, 100 orang pencinta alam membantah penutupan Gezi Park untuk membangunkan sebauah projek pembangunan pusat pelancongan yang menempatkan replika Berek Uthmaniyyah abad ke-19 dan pusat membeli belah. Di samping itu penutupan Gezi Park bertujuan membesarkan Taksim Square.  Protest itu bergerak ke Gezi Park dan mengadakan duduk dan bantah di situ, mereka juga merosakkan harta benda awam serta melakukan konfrantasi terhadap pihak polis. Protest itu bertukar ganas pada 30 Mei apabila mereka dihalau keluar oleh polis daripada Gezi Park, suasana tegang memaksa polis menggunakan tear gas dan water cannon. Pendemo yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar telah menggunakan twitter untuk menyeru rakyat Turki terlibat dalam protest tersebut. Hasilnya keesokan paginya berpuluh ribu pendemo telah mengadakan protest di Taksim Square.  



            Menurut Pertubuhan Perubatan Turki seramai 4800 orang pendemo telah cedera dan tiga orang maut. Di samping itu 700 orang telah ditahan dan ramai yang telah dibebaskan. Kemudian protest pencinta alam ini telah bertukar kepada protest anti-president dan di sertai oleh pelbagai kumpulan berhaluan kiri. Protest ini telah merebak ke 48 bandar utama di Istanbul. Pada selasa lalu timbalan perdana menteri Bulent Arnic meminta maaf secara terbuka terhadap keganasan pihak penguasa keatas pendemo. Al Jazeera melapurkan keadaan di Taksim Square dalam keadaan terkawal semenjak rabu lalu. Hari ini Erdogan mengadakan temu janji untuk berbincang dengan bebearapa pemimpin protest.

            Menurut Akhbar ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata"

SEBAB PENENTANGAN
            Jika kita sangka protest yang berlaku di Turki merupakan protest alam sekitar, kita silap. Isu alam sekitar hanya merupakan topeng, sebaliknya golongan subversif telah mengambil kesempatan terhadap ketidak puasan hati rakyat terhadap pemerintahan AKP. Hal ini merupakan peluang keemasan Republican Peoples’s Party (CHP) iaitu parti pembangkang utama yang berfahaman Kamalis dan sosialis untuk dijadikan senjata politik bagi menghadapi pilihan raya pada tahun hadapan.  Ada beberapa isu yang kerap dimainkan oleh pihak pembangkan.
1.      Islamisasi
Jika Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Ennahda di Tunisia merupakan gerakan islam yang mempunyai cita-cita membangunkan daulah islamiah, AKP yang merupakan kesinambungan perjuangan MSP pimpinan Necmettin Erbakan juga berusaha melakulan islamisasi di Turki. AKP berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada negara secular tersebut, sebagai contoh pada 2008 parlimen telah meluluskan usul wanita islam boleh menutup aurat di university. Selain itu dasar untuk melahirkan generasi soleh telah dilaksanakan dengan membenarkan pelajar masuk sekolah agama lebih awal iaitu pada umur sebelas tahun. AKP juga dilihat mempromosikan ideology neo-ottoman. Isu terbaru yang hangat diperkatakan ialah isu menghadkan penjualan alcohol dan larangan bercium ditempat awam. 

2.      Campur tangan politik Syria
Sengketa Turki-Syria sudah lama terjadi bagaikan retak menunggu belah, bermula dengan isu Hatay (1938) dan sekarang conflik tersebut menjadi lebih parah apabila Turki campur tangan dalam perang sedara di Syria. Hal ini bermula apabila 3000 pelarian Syria mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Turki pada Jun 2011. Selanjutnya Erdogan menyifatkan tindakan Assad tidak berkemanusiaan dan beliau menggantung segala perjanjian dan hubungan perdagangan dengan Syria. Pada 22 Jun  2012 sebuah jet tentera udara Turki, RF-4E di sempadan Turki-Syria. Semenjak itu Turki terus mengenakan tekanan terhadap kerajaan Syria, Pada Ogos 2012 Turki telah memulakan perbincangan dengan US untung menukar kerajaan Syria dan menempatkan tentera NATO di sempadan Turki-Syria. Pada 10 oktober 2012 tentera udara turki telah memintas Syrian Air Bus A320 dan memasksanya untuk mendarat di Esenboga kerana disyaki membawa senjata dari Rusia. Kemudian Syria dan sekutu kuatnya Iran mengancam untuk memberikan bantuan kumpulan pemberontak bersenjata Kurdish PKK. Pada 11 Mei 2013 dua buah bom keretatelah meletup di bandar Reyhanli,Turki mengakibatkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan 140 tercedera.

3.      Konflik perkauman
Turki tidak terlepas daripada isu perkauman. Turki bukan sahaja di diami oleh bangsa Turki sahaja malah turut didiami oleh beberapa etnik seperti Armenia, Greeks, Yahudi dan Kusdis. Kurdis merupakan etnik minority terbesar di Turki iaitu 18% daripada populasi rakyat turki. Etnik Kurdis menubuhkan Kurdistan Worker Party (PKK) yang merupakan sebuah parti komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara Kurdistan. Pihak pembangkang sering memainkan sentiment kaum bagi meraih simpati rakyat, menurut mereka etnik minority tertindas ketika pemerintahan AKP.

KESIMPULAN


            Protest di Truki berbeza dengan protest Arab Spring. Arab Spring melihatkan golongan islamist menentang salah guna kuasa, rasuah, monopoli ekonomi, dan ketidak adilan pemerintah. Manakala protest di turki digerakkan oleh golongan secular yang benci dengan proses islamisasi pemerintah Turki. Kemelut politik Turki cukup menguntungkan pihak-pihak luar terutamanya Iran dan Kerajaan Assad di Syria kerana Turki pro FSA. Hal ini juga memberikan keuntungan kepada Israel yang bimbang terhadap kebangkitan Islam di rantau tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan